Kawasan kajian bagi Rancangan Tempatan Daerah Jempol adalah meliputi keseluruhan kawasan Daerah Jempol yang merangkumi lima buat mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim Serting Ulu, Mukim Rompin, Mukim Jelai dan Mukim Kuala jempol. Daerah Jempol merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277.31 hektar. Daerah Jempol disempadani oleh beberapa daerah lain iaitu Daerah Jelebu, Daerah Tampin, Daerah Kuala Pilah, Daerah Segamat, Johor dan Daerah Bera, Pahang.