facebook twitter RSS icon maklumbalas
Pengangkutan

Sistem perkhidmatan pengangkutan awam memainkan peranan yang penting sebagai satu destinasi . kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan di dalam Daerah Jempol lebih mengutamakan kepada sistem kemudahan pengangkutan darat yag merangkumi perkhidmatan kereta sewa dan bas. Perkhidmatan pengangkutan awam menjadi sistem pengangkutan yang utama bagi penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

 

Perkhidmatan Bas

 

Perkhidmatan bas merupakan pengangkutan awam yang utama di Daerah Jempol. Perkhidmatan bas berhenti-henti memberikan perkhidmatan yang meragkumi seluruh Daerah Jempol. Tinjauan dari espek kadar tambang yang dikenakan , didapati ianya adalah setara dengan perkhidmatan bas henti-henti yang lain di Malaysia iaitu dengan kadar RM 0.30 bagi dua kilometer pertama da RM 0.05 bagi setiap kilometer berikutnya, manakala bagi bas berhawa dingin RM 0.50 bagi dua kilometer pertama dan Rm 0.05 bagi setiap kilometer berikutnya.

 

Jadual 5.1.24 menunjukkan laluan perkhidmatan, jarak dan jumlah perjalanan sehari bagi perkhidmatan bas berhenti-henti di dalam Daerah Jempol

 

Jadual 5.1.24: Jadual Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti di Daerah Jempol

 

Nama Syarikat

Laluan

Bil Bas

 

Bil Trip

Kadar Tambang (RM)

Purata Penumpang

LTS

Bahau-Pulapol Ayer Hitam-Petempatan Felda dan Kampung Bahau -Serting –Petempatan Felda

8

8

6.00 am

6.00 am

8

8

2.00

1.00

32

35

United Bus

Seremban-Kuala Pilah-Batu Kikir-Bahau

Seremban-Kuala Pilah-Batu Kikir-Simpang Pertang

6

8

6.00 am

 

6

8

2.00

1.00

32

32

City Liner

(Park May)

Kuala Pilah-Batu Kikir-Simpang Pertang/Manchis

10

6.00 am

10

3.00

32

Sistem Kenderaan

Bumiputera Sdn. Bhd.

Bahau - Temerloh

25

6.00 am

4

20.15

32

 

Perkhidmatan bas ekspres adalah perkhidmatan perjalanan terus ke destinasi yang ditetapkan dan laluannya ialah laluan yang menghubungkan antara wilayah dengan wilayah yang lain. Bagi melihat keperluan perkhidmatan bas ekspres di Daerah Jempol, satu kajian permintaan bagi perjalanan antara wilayah menggunakan perkhidmatan bas ekspres perlu dilakukan. Perkhidmatan bas ekspres terbanyak merupakan laluan dari seremban ke luar kawasan seperti ke utara, pantai timur dan selatan.