Bahasa Melayu | English | Bahasa lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan |Bantuan | Peta Laman  
Portal Rasmi Majlis Daerah Jempol 
 
DaftarDaftar
Latar Belakang Latar belakang Latar Belakang Hijau Latar Belakang Coklat Saiz Tulisan Kembali ke Asal Kecilkan Teks Besarkan Teks
Set Semula
Maulidur Rasul
thaipusam

 
thumbnail thumbnail 
Carian
Latar Belakang Jempol

 

Kawasan kajian bagi Rancangan Tempatan Daerah Jempol adalah meliputi keseluruhan kawasan Daerah Jempol yang merangkumi lima buat mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim Serting Ulu, Mukim Rompin, Mukim Jelai dan Mukim Kuala jempol. Daerah Jempol merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277.31 hektar. Daerah Jempol disempadani oleh beberapa daerah lain iaitu Daerah Jelebu, Daerah Tampin, Daerah Kuala Pilah, Daerah Segamat, Johor dan Daerah Bera, Pahang.

 

 

Pentadbiran bagi kawasan Daerah Jempol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Jempol dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu jabatan Perancangan bandar dan Desa Negeri Sembilan. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Jempol meliputi seluas 27,351.61 hektar manakala pentadbiran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan meliputi seluas 120,925.70 hektar.

 

 

Dari konteks perancangan di peringkat negara, Daerah jempol terletak di dalam kawasan Zon Perancangan Tengah (Central Planning Zone) yang memberikan penekanan terhadap aktiviti pertanian moden. Sebahagian besar dari kawasan Daerah Jempol merupakan kawasan pertanian utama yang perlu dipelihara untuk tujuan pertanian berasaskan kepentingan kelas tanah tahap 2. Di peringkat negeri pula, Daerah Jempol berkepentingan sebagai sebuah “argopolis” yang menjadi sumber kawasan pertanian subur dengan hasil kelapa sawit dan getah sebagai tanaman utama selain dari menjadi “hinterland” kepada Bio-Valley di Daerah Jempol.

 

Bookmark and Share
Paparan : 1362
Tarikh Akhir Dikemaskini : 20 Disember 2010
Klik Di Sini Untuk Pautan