Perniagaan

Secara keseluruhannya terdapat 3 kategori utama jenis perniagaan di Daerah Jempol yang merangkumi kategori-kategori berikutt :

Kategori Jenis Perniagaan

Secara keseluruhannya terdapat 3 kategori utama jenis perniagaan di Daerah Jempol yang merangkumi kategori-kategori berikutt :

  • Borong
  • Runcit
  • Perkhidmatan

Dari kajian yang dijalankan, didapati BP 1 yang mana terletaknya Bandar Bahau dan Mahsan merupakan kawasan tumpuan utama aktiviti perniagaan di Daerah Jempol dengan bilangan pertubuhan perniagaan sebanyak 1,175 pertubuhan. Ini diikuti oleh BP 9 sebanyak 189 pertubuhan, BP 3 sebanyak 106 pertubuhan dan BP 2 sebanyak 101 pertubuhan. Dari segi kategorinya pula, runcit merupakan kategori utama perniagaan di Daerah Jempol iaitu sebanyak 1,159 unit (67.03 peratus) diikuti perkhidmatan iaitu sebanyak 523 unit (30.25 peratus) dan borong iaitu sebanyak 47 unit (2.72 peratus) (Rujuk Jadual 3.5.3 dan Carta 3.5.1).

 

Penumpuan aktiviti perniagaan di sesuatu blok perancangan lebih dipengaruhi oleh faktor kepadatan pusat-pusat petempatan seperti di BP 1 (Bandar Bahau) yang merupakan pusat perkhidmatan utama bagi Daerah Jempol manakala Batu Kikir (BP 3) dan Rompin (BP 4) merupakan pusat petempatan kecil di Daerah Jempol.

Jadual 3.5.3 : Kategori Jenis Perniagaan Semasa Mengikut Blok Perancangan, 2003

Bil

Blok Perancangan

Kategori Perniagaan

Jumlah

Peratus

Borong

Runcit

Perkhidmatan

Bil.

%

Bil.

%

Bil.

%

1.

BP 1

38

3.23

722

61.45

415

35.32

1,175

100.00

2.

BP 2

-

-

82

81.19

19

18.81

101

3.

BP 3

3

2.83

77

72.64

26

24.53

106

4.

BP 4

-

-

18

58.06

13

41.94

31

5.

BP 5

1

7.14

11

78.57

2

14.29

14

6.

BP 6

-

-

1

100.00

-

-

1

7.

BP 7

3

4.62

51

78.46

11

16.92

65

8.

BP 8

-

-

24

92.31

2

7.69

26

9.

BP 9

-

-

156

82.54

33

17.46

189

10.

BP 10

2

9.52

17

80.95

2

9.52

21

Jumlah

47

2.72

1,159

67.03

523

30.25

1,729


Kategori Jenis Perniagaan Di Daerah Jempol