| |
|
|
Dokumen sebutharga boleh disemak dan diperolehi dari bahagian Jabatan Kejuruteraan Pejabat Majlis Daerah Jempol mulai daripada 9hb Mei 2012 (Rabu). Dokumen sebutharga tidak akan dijual sebelum daripada tarikh di atas dan sehari (1 hari) sebelum tarikh tutup sebutharga seperti ternyata.
|
| |
|
|
Bayaran harga dokumen dalam bentuk wang tunai atau money order atau bank draf hendaklah atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Jempol dan hendaklah dijelaskan di kaunter Majlis Daerah Jempol pada waktupejabat. Bayaran Dokumen ini tidak akan di kembalikan kecuali dengan sebab-sebab yang munasabah.
|
| |
|
|
Lawatan tapak akan diadakan pada 9hb Mei 2012 (Rabu) pada jam 10.00 pagi dan pemborong perlu hadir sendiri bersama dokumen-dokumen asal. Pemborong yang berminat untuk menyertai sebutharga ini hendaklah berkumpul di perkarangan Majlis Daerah Jempol sebelum 9.00 pagi untuk pendaftaran.
|
| |
|
|
Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan kedalam PETI SEBUTHARGA di Pejabat majlis Daerah Jempol sebelum pukul 12.00 t/hari pada 16/5/2012 (Rabu).Pemborong yang tidak menghadiri lawatan tapak, secara automatik tidak akan dikeluarkan borang kepada yang berkenaan.Pemborong dikehendaki membawa “surat-surat pendaftaran asal” beserta salinan-salinannya ketika membeli Dokumen Sebutharga.
|
| |
|
|
Majlis Daerah Jempol tidak akan terikat menerima tawaran yang terendah atau sebagainya atau memberikan apa-apa sebab sesuatu sebutharga itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab di atas segala kos perbelanjaan berhubung dengan sebutharga ini.
|
| |
|
| |
| SYARAT-SYARAT SEMASA MENGHADIRI LAWATAN TAPAK |
| |
| 1.Pemborong adalah daripada kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta boleh menjalankan kerja-kerja di sekitar Daerah Jempol sahaja. |
| |
| 2. Pemborong Kelas F yang hadir dalam lawatan tersebut adalah tidak dibenarkan mewakili syarikat lain walaupun mempunyai surat pengesahan wakil lawatan tapak |
| |
| 3. Pemborong dikehendaki membawa bersekali sijil-sijil asal PKK dan CIDB semasa lawatan tapak. |
| |
| 4. Pemborong dikehendaki berkumpul terlebih dahulu di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Jempol sebelum memulakan lawatan di tapak. |
| |
| 5. Pemborong adalah daripada kontraktor kelas “F” yang berdaftar dengan Majlis Daerah Jempol dan pendaftaran masih sah atau telah memperbaharui pendaftaran. |
| |
| 6. Pendaftaran untuk menyertai lawatan tapak selepas pukul 10 pagi tidak akan dilayan kecuali dengan sebab-sebab munasabah. |
| |
Tarikh Pengiklanan
Mei 2012
…………………………………
( ROSTAM BIN OMAR )
Jurutera,
Bahagian Kejuruteraan,
Majlis Daerah Jempol. |
| |
|