|
Peristiwa 2010
- Amalan Sentiasa Perihatin Dengan Kebersihan Diri Boleh Mengelak Diri Dari Influenza A (H1N1) Sehubungan dengan kes-kes Influenza A (H1N1) yang sering meningkat sejak akhir-akhir ini, Majlis Daerah Jempol menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengamalkan kebersihan diri dan juga mengambil suntikan vaksin Influenza A (H1N1) di klinik kesihatan yang terpilih. Maklumat lanjut berkenaan Influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang kementerian di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline kementerian di talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300.
- Ambil langkah berjaga-jaga ketika mengunjungi Bazar Ramadhan Bulan Ramadhan menjelang tiba dan orang ramai akan mengambil kesempatan untuk membanjiri Bazar Ramadhan berdekatan. Oleh itu, Majlis Daerah Jempol menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga untuk menhindari jangkitan A (H1N1), mengambil perhatian tentang keselamatan diri dan anak sendiri, dan keselamatan harta benda, seperti dompet, telefon bimbit dan sebagainya. Selamat Berbelanja dan Berbuka Puasa.
- Lakukan kewajipan anda membayar Zakat Fitrah Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perkara yang buruk. Ia juga menjadi sumber keperluan bagi orang asnaf ketika 1 Syawal. Oleh itu, setiap Musliman and Muslimin patut menyempurnakan pembayaran zakat fitrah masing-masing. Sila ke http://www.zakatns.com.my/ untuk membayar secara dalam talian (online) atau melihat lokasi pengutan / pembayaran Zakat. Selamat Beribadah dan Berbuka Puasa..
- March Kempen Kurangkan gula Secara purata rakyat Malaysia mengambil 26 sudu gula sehari, iaitu tiga kali ganda berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 10 sudu teh gula sahaja. Atas kesedaran ini Majlis Daerah Jempol menyokong Kempen Kurangkan Gula oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai fakta dan cara kurangkan pengambilan gula, sila klik disini. http://www.nutrition.moh.gov.my/index.php/fakta-mengenai-gula
|