| |
| Dokumen sebutharga boleh disemak dan diperolehi dari bahagian kaunter Pejabat Majlis Daerah Jempol mulai daripada 26 Januari 2010 (Selasa) . Dokumen sebutharga tidak akan dijual sebelum daripada tarikh di atas dan sehari (1 hari) sebelum tarikh tutup sebutharga seperti ternyata. |
| |
| Bayaran harga dokumen dalam bentuk wang tunai atau money order atau bank draf hendaklah atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Jempol dan hendaklah dijelaskan di kaunter Majlis Daerah Jempol pada waktu pejabat. Bayaran Dokumen ini tidak akan di kembalikan kecuali dengan sebab-sebab yang munasabah. |
| |
| Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUTHARGA di Pejabat Majlis Daerah Jempol sebelum pukul 12.00 t/hari pada 03hb Februari 2010 (Rabu). Pemborong dikehendaki membawa “surat-surat pendaftaran asal” beserta salinan-salinannya ketika membeli Dokumen Sebutharga. |
| |
| Majlis Daerah Jempol tidak akan terikat menerima tawaran yang terendah atau sebagainya atau memberikan apa-apa sebab sesuatu sebutharga itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab di atas segala kos perbelanjaan berhubung dengan sebutharga ini. |
| |
| |
………………………… (ZARINA BT. JAHYA) Setiausaha b/p Yang DiPertua MAJLIS DAERAH JEMPOL |