PIAGAM PELANGGAN Piagam pelanggan Majlis Daerah Jempol seperti yang telah diikrarkan adalah seperti berikut: - Memberikan layanan yang mesra, memuaskan dan prihatin terhadap semua aduan awam dan pelanggan, menyiasat dan mengambil tindakan mengikut keperluan dan keutamaan dan memaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari kerja dari tarikh penerimaan aduan atau permohonan.
- Mengambil tindakan terhadap semua permohonan lesen, permit, sewaan, urusan kelulusan pelan dan pengeluaran CF mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu dalam tempoh satu (1) bulan bagi permohonan lesen, permit dan pelan bangunan.
- Memberikan perkhidmatan dan tahap kebersihan yang sempurna, bersih dan selesa dari segi sampah sarap, longkang dan kawasan persekitaran secara berjadual.
- Mengeluarkan bil cukai taksiran harta mengikut jadual dan membuat kutipan cukai serta tunggakan cukai tidak kurang 80 peratus pada setiap tahun.
- Memastikan segala infastruktur dan kemudahan awam di dalam kawasan operasi Majlis Daerah Jempol sentiasa di dalam keadaan baik.
Maklumbalas Piagam Pelanggan
Bagi perkara 4, sehingga 31 Mei 2009, peratus kutipan Cukai Taksiran Am adalah RM 1,573,100.38 atau 87.76% daripada anggaran iaitu RM 1,792,418.20. |