MENU

Cukai

1. Bilakah bil cukai taksiran dihantar ?
    Bil Cukai Taksiran akan dihantar kepada pemilik selewat- lewatnya pada minggu kedua bulan Januari
    untuk 1/2 tahun pertama dan juga selewat- lewatnya minggu kedua bulan Julai untuk 1/2 tahun
   kedua. Jika bil- bil tersebut tidak diterima di dalam bulan tersebut maka pemilik bolehlah datang sendiri
   di bahagian Penilaian, Majlis Daerah Kuala Pilah. Pemilik yang tidak menerima bil terbaru dikehendaki
   membawa bil lama untuk semakan nombor Akaun Harta dan Alamat Harta.
       
2. Bagaimana cukai taksiran dikenakan ?
    Ia dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang
    diwartakan."Nilai Tahunan" ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan
    diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika ia disewakan.
       
3. Bagaimana pembayaran harus dilakukan ?
    Cukai Taksiran boleh dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi ½ tahun
    pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi ½ tahun kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar
    cukai setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.
       
4. Tempoh pembayaran cukai taksiran am.
    Cukai Taksiran boleh dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi ½ tahun
    pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi ½ tahun kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar
    cukai setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.
       
5. Tindakan - tindakan jika cukai tidak dijelaskan.
    Tarikh bayaran untuk mengelakkan denda adalah : ½ tahun pertama mulai 1hb Jan. hingga 28hb.
    Feb. dan ½ tahun kedua mulai 1hb Julai hingga 31hb Ogos pada setiap tahun. Pemilik akan
    dikenakan denda lewat bayaran jika tidak membayar pada tarikh yang ditetapkan.Bayaran penuh
    perlu dijelaskan selepas 15 hari notis tuntutan dikeluarkan. Jika masih tidak membayar cukai, waran
    tahanan akan dikeluarkan.
       
6. Kenapa perlu membayar cukai taksiran ?
    Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan
    perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan
    tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.
       
7. Mengapa cukai taksiran saya berbeza dengan jiran saya ?
       
    Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-

  • Jenis bangunan
  • Keluasan lantai
  • Lokasi
  • Bahan-bahan pembinaan
  • Kegunaan

 

OSC Online

1. Siapakah pemohon kepada OSC Online ?
    Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras
    peruntukan akta-akta yang berkaitan, di antaranya termasuk arkitek, jurutera, perancang dan
    juruukur tanah.

2. Perlukah pemohon berdaftar dengan PBT?
    Pendaftaran pemohon adalah menggunakan konsep single sign on di mana pemohon mengisi dan
    memuatnaik maklumat pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang KPKT yang seterusnya boleh
   dihantar kepada laman sesawang PBT yang dipilih sendiri oleh pemohon. Bagi aspek kawalan terhadap
    dokumen dan memandangkan setiap PBT adalah merupakan pihak berkuasa perancangan tersendiri
    maka setiap PBT akan menjana kata pengguna dan kata laluan tersendiri. Pemohon hendaklah
    menggunakan kedua-dua kata pengguna dan kata laluan tersebut apabila berurusan dengan PBT
    yang berkaitan.

3. Apakah format pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik?
    Pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik adalah dalam format PDF.

4. Kenapa dalam format PDF dan bukan cadd file?
    Fail permohonan lebih kecil dan ringan serta tidak membebankan sistem dan storage. Seperkara lagi
    tiada pindaan boleh dibuat ke atas pelan-pelan dan dokumen oleh pegawai penyemak.

5. Adakah hardcopy masih diperlukan dalam melaksanakan OSC Online?
    1 hingga 3 set lengkap dokumen dan pelan perlu dikemukakan sebagai proof of submission .

6. Bila hardcopy dikemukakan?
    Dalam tempoh 3 hari selepas dokumen dan pelan-pelan dihantar secara online iaitu apabila butang
    hantar diaktifkan.

7. Adakah pendekatan e-signature digunakan dalam OSC Online?
    Pada peringkat ini pemohon masih perlu menurunkan tandatangan pada hardcopy yang dihantar
    sebagai proof of submission dan pada pelan-pelan yang telah bersedia untuk diendos untuk
    dikeluarkan kelulusan rasmi e-signature akan diambilkira dalam fasa penambahbaikan seterusnya.

8. Berapa hari yang diambil oleh unit OSC untuk memproses permohonan?
    5 hari kalendar untuk mengambilkira pengemukaan hardcopy dalam tempoh 3 hari dari tarikh hantar
    permohonan secara online .