MENU

Pendaftaran Kontraktor Secara Online Melalui eMARRIS

Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS), Negeri Sembilan Bil.2/2020 yang bersidang pada 9 April 2020 telah meluluskan sebanyak 426 kerja undi penyenggaraan jalan negeri di Negeri Sembilan dengan anggaran kos bagi setiap satu projek yang diluluskan ini adalah tidak melebihi RM100,000.00.

Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Pegawai Kewangan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan proses undi ini secara Live Streaming sebagai mematuhi Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi mematuhi Arahan PKP ini juga, pendaftaran kontraktor untuk menyertai proses undi ini akan dilaksanakan secara online melalui Sistem eMARRIS. Melalui Sistem eMARRIS ini, kontraktor hanya perlu melengkapkan borang serta memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan secara online tanpa perlu hadir ke Pejabat JKR untuk mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Syarat-syarat kelayakan kontraktor untuk menyertai proses undi ini adalah seperti berikut :

  1. Terbuka kepada kontraktor kelas G1 sahaja 
  2. Hanya kontraktor G1 yang masih belum mempunyai apa-apa projek dibawah peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2020 ;
  3. Mana-mana kontraktor yang telah berjaya mendapat kerja undi ini tidak layak untuk menyertai mana-mana proses perolehan G1 dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh siap kerja undi tersebut ;
  4. Kontraktor hendaklah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) ;
  5. Mana-mana kontraktor yang menekan butang “HANTAR” dalam Sistem eMARRIS, adalah BERSETUJU DAN MENGAKU BAHAWA SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. SEKIRANYA DIDAPATI MAKLUMAT YANG DIKEMUKAKAN ADALAH TIDAK BENAR, KONTRAKTOR TERSEBUT ADALAH DENGAN INI BERSETUJU SYARIKATNYA TIDAK LAYAK UNTUK DISENARAIKAN DAN TIDAK LAYAK MENDAPAT SEBARANG KERJA DALAM PROSES UNDI INI.
  6. Keputusan proses undi adalah muktamad.

PAUTAN SISTEM eMARRIS : http://aplikasi5.ns.gov.my/emarris/